MEMILIKI kecantikan yang tidak pernah pudar. Itu yang dilabel netizen terhadap Intan Ladyana.
Semuanya gara-gara sebuah video TikTok yang memaparkan wajah Intan dalam filem pertamanya, Tipah Tertipu sekitar tahun 2006 dan Town Mall (2020).
“Dari dulu sampai sekarang muda sahaja. Dasar ‘vampire’ (puntianak),” tulis pemilik video TikTok tersebut.
Netizen menyifatkan wajah isteri Harris Alif itu tidak dimamah dek usia dan kecantikannya masih seperti remaja sehingga kini walaupun mencecah usia 39 tahun.
“Makin berusia nampak semakin muda ditambah pula sekarang sedang hamil, lagilah nampak seri,” puji seorang netizen.
Tidak terhenti di situ, ada pula yang menyamakan wajahnya persis ahli kumpulan Blackpink, Rose.