fbpx

Model akui hadapi ‘kesukaran hidup’ kerana diri terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajek sering menerima komen-komen negatif daripada orang ramai yang menganggap dia sebagai palsu. - Instagram

VIENNA, AUSTRIA – Seorang model yang sering dikecam oleh netizen menyifatkan kehidupan sebagai seseorang yang cantik sepertinya adalah sukar kerana sering menjadi mangsa orang sekeliling yang cemburu, lapor akhbar New York Post semalam.

Veronika Rajek, 25, yang mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram kerap memuat naik foto dirinya memperagakan pelbagai jenis koleksi bikini.

Akaun Instagram miliknya bagaimanapun kerap dipadam disebabkan netizen percaya bahawa dirinya adalah palsu kerana ‘terlalu cantik’.

Wanita ini tidak mempunyai ramai kawan kerana kecantikannya menjadikan dia sukar didekati. – Instagram

“Mereka fikir saya mungkin robot kecerdasan buatan (AI) atau seorang penyamar online,” katanya.

Wanita itu menganggap pemadaman akaun miliknya juga adalah satu bentuk diskriminasi, malah dia tidak mempunyai ramai rakan kerana mereka terlalu takut untuk mendekatinya memandangkan dia terlalu cantik.

Rajek juga berkata bahawa dia kerap menerima komen-komen negatif daripada wanita yang menganggapnya mahu merampas teman lelaki mereka.

Wanita itu mendedahkan dia tidak pernah menyunting penampilannya di laman sosial dan tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan plastik.

“Jika anda rasa diri cantik, maka anda seorang yang cantik,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI