fbpx

Max enggan tukar cara berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN memiliki kelebihan 12 mata berbanding Hamilton sebagai pendahulu bagi kategori pelumba dalam saingan F1 musim ini. – AFP

LONDON – Pendahulu kejua­raan dunia Formula Satu (F1) musim ini, Max Verstappen melaungkan amaran tidak akan sesekali menukar corak pemanduannya dalam memastikan misi bergelar juara dunia buat pertama kali dapat direalisasikan.

Sebagai rekod, pelumba pasukan Red Bull itu memiliki kelebihan 12 mata berbanding pencabar terdekat yang juga juara dunia tujuh kali dari pasukan Mercedes, Lewis Hamilton ketika saingan musim ini masih berbaki lima perlumbaan Grand Prix (GP).

Kata Verstappen, corak pemanduan agresif yang sudah sinonim dengan kariernya akan terus diperagakan pada baki lima perlumbaan nanti bermula dengan GP Mexico yang dijadual­kan berlangsung pada minggu depan.

“Saya tidak pernah meng­ubah corak pemanduan saya kerana ia adalah ramuan bagaimana saya dapat mendominasi banyak perlumbaan GP musim ini. Secara jujur, apa yang penting ketika ini adalah mengutip mata maksimum.

“Saya percaya strategi yang akan dirancang oleh Hamilton juga sama memandangkan dia berhasrat untuk mencipta rekod menjuarai kejuaraan dunia buat kali kelapan dan kini saya merupakan penghalang utama.

“Dalam masa yang sama, saya mahu bersaing secara sihat dan kalau boleh, setiap perlumbaan yang bakal diharungi nanti berakhir tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini sekali gus boleh menjejaskan momentum mana-mana pelumba.

“Apa yang pasti, saya kekal tenang kerana percaya peluang saya untuk bergelar juara musim ini terletak di tangan sendiri,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.
Verstappen sebelum ini telah mengalami kemalangan dua kali bersama Hamilton musim ini pada GP Itali dan GP Britain.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI