fbpx

KJ kenal pasti punca kes tinggi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan lawatan ke Kelantan bagi mengenal pasti mengapa kadar kes positif di negeri berkenaan tinggi.

khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, lawatan selama satu hari itu juga bagi menyemak kapasiti hospital di negeri tersebut.

“Lawatan sehari ke Kelantan untuk menyemak kapasiti hospital dan mendalami mengapa ia sering mempunyai kadar positif tertinggi di negara ini.

“Vaksinasi lengkap dewasa pada 80 peratus, tetapi negeri mengatakan jumlah itu tidak tepat kerana ramai penduduknya berhijrah meninggalkan negeri berkenaan dan tidak ramai lagi yang perlu divaksin,” ciapnya sebentar tadi.

Terdahulu, menurut data yang dikongsi portal Covidnow, populasi dewasa lengkap menerima dua dos vaksin di Kelantan kini ialah 79.5 peratus setakat 4 November 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI