fbpx

Idris Haron sah bersama PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris

PETALING JAYA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sah diangkat sebagai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah bendera Pakatan Harapan (PH).

Idris yang sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang bersama UMNO sebelum ini kini bersama PH bagi menghadapi PRN pada 20 November nanti.

Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan nama-nama calon PH di PRN Melaka sebentar tadi mengumumkan Idris bakal bertanding di DUN N.10 Asahan.

Idris kini bersama 11 lagi calon dari PKR yang bertanding di bawah tiket PH bersama dua lagi parti komponen iaitu, Amanah dan DAP. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI