fbpx

Harimau Selatan terus pertahan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi memainkan peranan penting untuk memacu jentera serangan JDT pada aksi menentang PJ City sebentar tadi. Foto oleh Johor Southern Tigers.

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan selepas tidak mempunyai masalah untuk meneruskan rekod bersih untuk menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) dengan keputusan 2-1 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MBPJ itu, skuad tuan rumah kendalian P. Maniam berjaya mencipta kejutan selepas meraih jaringan awal hasil ledakan V. Ruventhiran pada minit ke-11.

Namun, kegembiraan The Phoenix tidak bertahan lama selepas JDT berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang berjaya disudahkan oleh Bergson da Silva berselang tiga minit kemudian.

Skuad tuan rumah terus ghairah menyerang dan berjaya meledak gol kedua hasil rembatan Mauricio selepas penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz tidak menangkap kemas rembatan percuma yang dilakukan oleh Safawi Rasid lada minit ke-27.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak untuk menambah jaringan dengan PJ City meraih gol pada masa kecederaan tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana bola terkena tangan Khyril Muhymeen dan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan D, Sabah FC melakar kemenangan pertama pada aksi bertemu Kelantan FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, gol-gol The Rhinos dijaringkan oleh Amri Yahyah dan Sahrizan Saidin manakala Che Safwan Hazman meledak gol sagu hati buat pasukan The Red Warriors.

Keputusan dua aksi malam ini menyaksikan JDT kekal mendahului carta dengan 15 mata, diikuti PJ City (lima mata, Sabah FC (lima mata) dan Kelantan FC (dua mata) selepas mengharungi lima perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI