fbpx

[VIDEO] Gurauan polis tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Dalam ketegasan ada kelembutan.

Itu antara komen yang diberikan oleh pengguna media sosial berkenaan video tular yang memaparkan perbualan seorang anggota polis dan orang awam di sebuah sekatan jalan raya.

Melalui rakaman kamera papan pemuka berdurasi 19 saat itu, pemilik rakaman tersebut dilihat sedang melalui satu sekatan jalan raya sebelum disapa oleh anggota polis bertugas yang bertanya pemandu itu sedang menuju ke mana.

Pemandu itu kemudian memaklumkan dia mahu pergi membeli makan malam.

“Lambatnya kau makan? Bujang lagi ke?,” soal anggota polis berkenaan.

Pemandu tersebut memaklumkan dia baru sahaja bangun daripada tidur dan turut mengiyakan persoalan anggota polis berkenaan bahawa dia masih bujang.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen memuji sikap anggota polis berkenaan yang disifatkan peramah dan prihatin.

“Penat berdiri tapi anggota masih mesra bertegur sapa dengan orang awam,” kata Abe Lee.

“Suara macam ayah-ayah yang ‘concern’ dengan anak. Tegas tapi ada kelembutannya tu,” kata Zfea.

“Otai memang gitu. Gurau dan tegas, bila kena tahan dan disaman pun kita masih ‘cool’. Sebab intonasi dia bercakap tu, hormat kita walaupun dia pihak berkuasa,” kata Badrul.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 30,000 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI