fbpx

Dua kes pertama subvarian Delta AY.4.2 dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dua kes pertama Covid-19 subvarian Delta AY.4.2 dikesan di negara ini melibatkan kes import iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK) pada 2 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka masuk melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah menjalani ujian RT-PCR serta didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama.

“Bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober semasa dalam tempoh kuarantin.

“Sampel-sampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, varian AY.4. adalah salah satu lineage Delta dan pada masa ini terdapat lebih dari 75 jenis lineage berasal dari Delta.

Tambah beliau, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia terutama di PMA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI