fbpx

City terdesak raih mata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA (kanan) mengakui City perlu merantai pergerakan Ronaldo sekiranya berhasrat untuk meraih kemenangan di Old Trafford. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva memberi amaran kepada rakan sepasukan agar berwaspada menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang musuh setempat, Manchester United di Old Trafford malam ini.

Pemain antarabangsa Portugal itu juga mengakui tidak sabar untuk berdepan rakan senegara, Cristiano Ronaldo buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana musim ini.

The Citizens berpeluang untuk memintas kedudukan Liverpool di tangga kedua liga sekiranya berjaya melakar kemenangan pada perlawanan malam ini bagi terus mengejar pendahulu, Chelsea.

“Dia (Ronaldo) beraksi sangat baik bersama United musim ini dan selalu membantu pasukannya dengan menjaringkan gol-gol penting. Semua orang tahu dia adalah pemain yang hebat.

“Kami akan cuba untuk meran­tai pergerakannya pada perlawanan tersebut bagi memastikan dia tidak menjaringkan gol. Bagaimanapun, kami juga perlu berjaga-jaga dengan pemain lain,” kata Silva.

Dalam pada itu, Silva juga menegaskan, dia akan memberikan sepenuh fokus terhadap perlawanan tersebut selain mengetepikan sentimen kenegaraan apabila melangkah masuk ke dalam padang.

“Kami akan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan itu nanti. Sudah banyak kali saya bertemu rakan senegara di Liga Perdana, jadi saya anggap ia seperti perlawanan biasa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI