fbpx

City ‘ajar’ United di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN United, Harry Maguire (tengah) ditanduk pemain City, Ruben Dias dalam aksi EPL di Old Trafford sebentar tadi.- MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk mencipta kejutan ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Stadium Old Trafford sebentar tadi tidak kesampaian.

Sebaliknya, United terpaksa bekerja keras sepanjang tempoh 90 minit permainan bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi lebih daripada dua gol kepada City apabila hanya tewas 0-2 dalam pertembungan derbi Manchester tersebut.

Barisan pemain The Red Devils perlu berterima kasih kepada penjaga gol, David De Gea yang menyelamatkan begitu banyak percubaan berbahaya City terutama dalam 45 minit separuh masa pertama.

Refleks pantas penjaga gol dari Sepanyol itu sekurang-kurangnya menyaksikan gawang skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tersebut cuma bolos dua gol, berbanding lima ketika dibelasah 0-5 oleh Liverpool baru-baru ini.

Dalam aksi itu, United bolos dua gol menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan, Eric Bailly seawal minit ketujuh sebelum Bernando Silva menggandakan kedudukan buat City pada minit ke-45

United perlu menyalahkan diri sendiri kerana membenarkan City menguasai bahagian tengah sekali gus membataskan gerakan-gerakan berbahaya untuk dilancarkan kepada Cristiano Ronaldo sepanjang aksi tersebut.

Kekalahan itu menyaksikan masa depan Solskjaer kini terus menjadi tanda tanya memandangkan beliau dilihat tidak mengambil kesempatan yang diberikan selepas terdahulu sekadar seri 2-2 dengan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara.

Sebagai rekod, United kini sekadar mengumpul 17 mata dan sekadar mencatat lima kemenangan, dua seri serta empat kekalahan daripada 11 perlawanan EPL setakat ini.

Sebaliknya, City yang dibimbing Pep Guardiola kembali ke landasan kemenangan dalam saingan EPL selepas tewas mengejut 0-2 kepada Crystal Palace pada 30 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI