fbpx

Burger perisa ‘daging manusia’ di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging burger dengan tekstur rasa daging manusia itu dilancarkan sempena sambutan festival Halloween. - Oumph

STOCKHOLM – Sebuah syarikat di Sweden memperkenalkan burger dengan perisa ‘daging manusia’ sebagai sebahagian daripada tawaran menu kanibal pada minggu lalu, lapor akhbar Daily Star.

Orang ramai berpeluang untuk merasai rasa daging manusia dengan mencuba menu Human Meat Burger itu yang dilancarkan oleh syarikat Oumph.

Oumph bagaimanapun merupakan syarikat pengeluar makanan  berasaskan tumbuhan dan tidak menggunakan daging manusia sebenar dalam pembuatan burger tersebut.

Syarikat itu menyatakan bahawa  mereka melancarkan promosi menu kanibal yang bersifat sementara untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang cara menikmati makanan berasaskan tumbuhan.

Tawaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata mempersoalkan adakah promosi tersebut wajar.

“Bagaimana anda boleh menganggap perkara ini sesuatu yang lucu?” kata  seorang pengguna laman sosial Instagram menerusi ruangan komen.

“Adakah anda bergurau? Ini sesuatu yang menjijikkan,” komen netizen lain.

Pengasas bersama syarikat Oumph, Ankan Lindan berkata,  mereka menghasilkan burger tersebut sebaik sahaja mengetahui rasa dan tekstur yang diinginkan.

“Ini merupakan cara pelik yang dilakukan kami bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa tidak mustahil untuk anda makan makanan berasaskan tumbuhan, namun masih lestari,” katanya.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI