fbpx

Bagnaia sambar petak hadapan kelima berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagnaia seolah-olah memberi amaran kepada pencabarnya apabila menyambar petak hadapan kelima berturut-turut musim ini di GP Portugal.

PORTIMAO – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia memastikan petak hadapan Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algarve menjadi miliknya selepas dia muncul penunggang terpantas pada sesi kelayakan sebentar tadi.

Catatan masa 1:38.725 saat (s) dicatatkan itu juga menyaksikan dia memperbaharui rekod terpantas 1:38.836s rakan sepasukan, Jack Miller yang turut dilakukan pada sesi tersebut.

Sebagai rekod, itu adalah petak hadapan kelima berturut-turut yang dilakar Bagnaia selepas dia melakukannya pada GP Aragon, San Marino, Americas serta Emilia Romagna.

“Sangat gembira dengan catatan masa dilakukan pada hari ini kerana kami sudah berikan yang terbaik. Saya fikir semuanya berjalan dengan lancar dan sangat sempurna.

“Selepas GP Aragon, kami semakin memahami apa yang diperlukan oleh jentera. Sudah tentu tidak mustahil untuk menang esok tetapi kami perlu bijak untuk buat pemilihan tayar,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan.

Mengiringi Bagnaia di barisan hadapan pada perlumbaan esok adalah Miller yang berada di petak kedua diikuti pelumba Suzuki yang juga juara dunia tahun lalu, Joan Mir.

Sementara itu, juara dunia 2021 dari pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati di petak ketujuh selepas menampilkan aksi bawah prestasi sebenar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI