fbpx

Bagnaia masih mahu saingi Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA terpaksa melepaskan gelaran juara dunia kepada Quartararo selepas gagal menamatkan saingan di GP Emilia Romagna sebelum ini. – AFP

PORTIMAO – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia berhasrat untuk terus bersaing de­ngan juara baharu MotoGP, Fabio Quartararo dalam baki dua perlumbaan musim ini.

Quartararo memastikan kejuaraan dunia menjadi miliknya apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna dua minggu lalu di tempat keempat selain Bagnaia yang gagal menamatkan saingan.

Walaupun sudah terlepas kejuaraan dunia, namun Bagnaia tekad untuk terus memberikan saingan kepada Quartararo menjelang perlumbaan GP Portugal hujung minggu ini.

“Sudah tentu baki dua perlumbaan musim ini akan menjadi menarik memandangkan Fabio tidak berada dalam tekanan kera­na sudah menjadi juara.

“Kami akan berlumba di dua litar berbeza sebelum saingan musim ini berakhir. Saya memiliki catatan yang agak baik di sini, namun kurang konsisten di Valencia,” kata pelumba Itali itu.

Mengulas mengenai perlumbaan GP Emilia Romagna, Bagnaia menjelaskan, dia lebih kecewa gagal memenangi perlumbaan tersebut berbanding merebut kejuaraan dunia.

“Sebenarnya, gagal memenangi perlumbaan itu membuatkan saya kecewa, Fabio layak untuk menjadi juara dunia. Perbezaan mata sudah jauh dan sukar untuk mengejarnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI