fbpx

AS belum keluarkan penilaian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaludin (dua dari kiri) menerima Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia daripada wakil syarikat Livzon Phamaceutical Group Inc di HRPZ II , Kota Bharu hari ini. Foto YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti beberapa aspek sebelum membuat keputusan untuk membenarkan kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun menerima vaksin Covid-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, buat masa ini, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara tunggal yang memberikan suntikan vaksin jenis Pfizer kepada golongan kanak-kanak.

“Mereka (AS) masih belum memberikan maklumat atau data kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi (NPRA) KKM untuk dibuat penilaian.

“Bagaimanpun, pengeluarkan vaksin jenis Sinovac sudah memberikan maklumat bagi membolehkan proses penilaian dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI