fbpx

Sarawak, Kelantan dan Terengganu dijangka alami ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Amaran ribut petir telah dikeluarkan di tiga buah negeri pagi ini iaitu di Sarawak serta dua negeri di Pantai Timur iaitu  Kelantan dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Facebook rasminya berkata, amaran ribut petir itu melibatkan beberapa jajahan di Kelantan termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang .

“Manakala di Terengganu, kawasan terlibat termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang”, katanya di sini hari ini.

Sementara itu di Sarawak kawasan yang terjejas termasuk Kapit (Belaga), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI