KOTA KINABALU – Sabah bakal beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 8 November ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun Sabah berkata, walaupun lebih banyak kelonggaran bakal diberikan selepas ini namun rakyat di negeri berkenaan diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Sabah layak beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 8 Nobember 2021.
“Walaupun lebih banyak kelonggaran bakal diberikan, saya memohon agar semua orang terus mematuhi semua SOP,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Twitternya, hari ini.
Terdahulu, Sabah kini masih berada di dalam Fasa Tiga PPN sejak 18 Oktober lalu. -K! ONLINE.