fbpx

PM lancar projek Lebuh Raya Pan Borneo pakej pantai timur Sabah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh Raya Pan Borneo.

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan bakal melancarkan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi pakej pantai timur Sabah di Kinabatangan esok.

Ismail Sabri dijadual tiba di Lapangan Terbang Sandakan petang ini, kedatangan beliau ke Sabah kali ini adalah dalam rangka lawatan ke Sandakan dan Kinabatangan.

Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke Sandakan serta Kinabatangan selain lawatan kedua ke Sabah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos lalu.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bakal dilancarkan Perdana Menteri di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan membabitkan empat pakej kerja bagi laluan di antara Kinabatangan dan Telupid.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kontraktor bagi empat pakej kerja iaitu WP15, WP28, WP29 dan WP30 baru saja dilantik.

“Semua empat pakej kerja ini akan dilaksanakan serentak sejurus pelancarannya oleh Perdana Menteri dan dijangka siap pada 2024.

“Empat pakej ini juga adalah antara pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI