fbpx

PGA tahan lori bawa 5,841 ayam seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah lori membawa ayam hidup seludup yang ditahan PGA di Tumpat hari ini. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan tiga buah lori yang membawa 5,841 ekor ayam hidup seludup di tiga lokasi di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, kesemua lori membawa muatan ayam bernilai RM157,707 itu ditahan di Kampung Pisau Raut, Simpangan dan Kajang Sebidang di sini.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan semasa anggota PGA menjalankan rondaan rutin dari kawasan Kampung Pisau Raut sehingga ke Simpangan di sini.

“Tiga pemandu lori terbabit gagal mengemukakan dokumen berkaitan. Kita tidak menolak kemungkinan ayam-ayam hidup itu diseludup masuk untuk dijual di Kelantan dan negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan. Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011.-K! ONLINE

Berita berkaitan: Ayam Thailand murah punca aktiviti seludup 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI