fbpx

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana Danielle

PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle berang dengan kenyataan yang dimuat naik seorang warganet dalam Twitter berhubung kes kematian melibatkan penuntut, Zulfarhan Osman yang mati dibuli rakan sekampusnya empat tahun lalu.

“Pandainya bercakap, perangai awak tu elok dan baik sangat ke sampai layak untuk hidup.

“Keadilan untuk Zulfarhan dan tolong hentikan budaya penderaan ini dalam institusi. Membina jati diri tidak ada kena mengena dengan membuli. Banyak kali membuli sehingga membawa kematian.

“Jadi bagaimana saya boleh teruskan untuk berdiam diri? Saya juga mempunyai anak. Perkara ini sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!,” tulisnya dalam InstaStory.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu memberi respons balas terhadap satu ciapan yang dimuat naik seorang pengguna Twitter seolah-olah berpihak kepada pembuli Allahyarham Zulfarhan.

“Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi seperti ini?” ciap individu itu dalam Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, turut menegaskan kenyataan sebegitu tidak wajar diluahkan individu terbabit kerana semua pesalah telah pun dijatuhkan hukuman.

“Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tulisnya lagi.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkainain empat tahun lalu.

Terdahulu, kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa untuk mendapatkan pengakuan tentang satu kecurian komputer riba.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Perbuatan tersebut dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti tersebut di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi, 21 Mei 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI