fbpx

Pembelajaran tahfiz secara online menerusi i-Huffaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful (empat dari kiri) bersama kakitangannya menunjukkan Al Islah pada sesi pelancaran di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Islah Movement buat julung kalinya menganjurkan Program i—Huffaz dan melancarkan Buku Makhraj Huruf bersama Rangkaian Islah Movement baru-baru ini.

Ia dilancarkan di lima lokasi berbeza iaitu di Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya, Bukit Jalil dan Bandar Tasik Senangin.

Pengarah Urusan Utama Akademi Tahfiz Al Islah, Saiful Islam Mohamed Naser berkata, i-Huffaz adalah platform yang menjalankan sistem pengajian tahfiz secara atas talian yang pertama di Malaysia dengan gabungan beberapa elemen penting seperti akademik, kemahiran hidup dan kurikulum.

Katanya, pandemik Covid-19 memberi kesan kepada banyak sektor termasuklah penutupan pusat tahfiz di seluruh negara kerana tidak mampu menampung kos operasi.

“Menambahkan lagi beban pihak pengurusan tahfiz adalah apabila kebanyakannya tidak mempunyai dana yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan dan yuran pelajar.

“Akibat Covid-19, semua orang terkesan dan sebagai Muslim, kita wajib pertahankan institusi agama kita sehingga ke titisan darah terakhir,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Saiful Islam yang juga Ketua Mudir i-Huffaz berkata, demi membela nasib anak-anak tahfiz yang masih memerlukan pengajaran dan ilmu, Akademi Tahfiz Al Islah tampil menjadi penggerak utama sebagai ‘penyelamat’ dengan melancarkan i-Huffaz sebagai alternatif agar para pelajar dapat menyambung pengajian mereka.

“Bagi menyelamatkan penutupan lebih banyak tahfiz, kami dari Akademi Tahfiz Al Islah melancarkan i-Huffaz, buku Makhraj Huruf dan projek ekonomi di Cyberjaya serta Putrajaya,” katanya.

Pada masa sama, Saiful Islam berharap buku Makhraj Huruf dapat membantu semua pelajar dalam menguasai pembelajaran al-Quran.

Ujarnya, sebanyak 10,000 naskhah buku Makhraj Huruf dicetak bagi kegunaan pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI