fbpx

Pemandu ‘tertidur’, main telefon, punca nahas maut Vanessa, suami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK semalam, berita kematian selebriti popular Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya hangat diperkatakan dalam media sosial.

PERSOALAN sama ada pasangan selebriti Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah maut dalam nahas jalan raya semalam berpunca daripada kecuaian terus hangat diperkatakan peminat di Indonedsia.

Dakwaan tersebut tambah menyakinkan apabila muncul khabar angin mengatakan pemandu peribadi mereka, Tubagus Joddy, 24, sempat memuat naik status dalam Insta Story beberapa saat sebelum kemalangan berlaku, namun bukti berkenaan sudah dipadamkan.

Beberapa pengikut Instagramnya pula mengakui sempat merakam perkongsian anak muda tersebut yang dikatakan memuatnaik keadaannya yang mengantuk selain merakam gambar meter kelajuan kenderaan bergerak 190km per jam.

Siasatan awal polis mendapati Tubagus sebenarnya mengantuk sehingga berdepan situasi dipanggil ‘micro sleep’ (terlelap) yang mengakibatkan kereta dipandunya terbabas menghentam besi penghadang jalan sehingga mengorbankan dua nyawa.

Dalam nahas yang berlaku di Tol Nganjuk menghala Surayaba, Jawa Timur, kira-kira pukul 12.36 tengah hari semalam itu juga mengakibatkan anak tunggal pasangan terbabit yang berusia 15 bulan cedera manakala pengasuhnya parah.

Begitupun, Tubagus yang juga pembantu kepercayaan Febri atau panggilannya Bibi hanya mengalami cedera ringan.

Mereka sekeluarga memulakan perjalanan ke kampung Vanessa yang mengambil masa 12 jam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero Sport berwarna putih pembantu rumah dan pemandu peribadi.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko berkata, tiga lagi penumpang lain dalam kenderaan sama hanya mengalami luka termasuk anaknya, Gala Sky Ardiansyah yang dirawat di hospital berhampiran.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahat di Taman Makam Islami Malaka, Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pagi tadi.

Sementara itu, klip video ketika Vanessa dan Bibi diundang ke program YouTube bersama Denny Sumargo kembali viral apabila ramai menyedari suami pelakon dan penyanyi itu seakan-akan mahu ‘pergi’ awal apabila meninggalkan pesan kepada anak tunggal mereka.

“Dia kata, anakku Gala, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan.

“Tapi Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia,” kata hos berkenaan sambil menitiskan air mata.

Sebelum itu, kira-kira pukul 8 pagi Vanessa, 27, sempat memuat naik video terakhir dalam InstaStory menunjukkan dia sekeluarga berada dalam kabin kereta selain turut berkongsi video suasana perjalanan di sebuah jalan tol sambil meminta peminat meneka destinasi mereka.

Buat masa ini polis masihkan menjalankan siasatan terhadap Tubagus bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung insiden menyayatkan hati tersebut.

Terdahulu, aktres tersebut pernah membintangi Cinta Intan (2008), Layla Majnun (2012), Kutukan Cinta (2012), Heart Series 2 (2013), Nadin (2017), dan Jodoh Wasiat Bapak (2018).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI