SEPANG – Pemandu lori yang terbabit dalam kejadian kanvas ‘terbang’ hingga menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, pemandu lori dan subkontraktor tersebut memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Menurutnya, setakat ini, penunggang dan pembonceng motosikal masih belum membuat laporan.
Berita berkaitan: Nyaris digilis angkara kanvas lori terbang
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan mengenai rakaman video yang tular di laman media sosial menunjukkan sekeping kanvas yang diikat pada sebuah lori tercabut dan terbang ke arah penunggang motosikal mengakibatkan kenderaan mereka hilang kawalan dan terlanggar bahagian tayar sebuah treler.
Susulan kejadian itu, polis sedang mengenal pasti semua kenderaan yang terlibat untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE