PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh enam hari bermula 4 hingga 9 November ini i lima negeri.
Menurut MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah menjadi negeri utama disebabkan pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di sekitar rantau negara ketika ini.
“Kawasan-kawasan berkenaan yang dijangka berpotensi mengalami cuaca ribut petir yang lebih menyeluruh berserta hujan lebat dan angin kencang.
“Cuaca buruk ini dijangka berlaku pada waktu petang hingga malam dan boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat,” katanya.
MetMalaysia turut menasihati orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan berwaspada dengan amaran cuaca buruk yang berkemungkinan bakal berlaku. – K! ONLINE