fbpx

Kereta pengedar dadah cuba rempuh polis ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
tangkap layar kejadian yang berlaku di Wakaf Bharu semalam.

KOTA BHARU – Polis terpaksa melepaskan tembakan pada tayar belakang sebuah kereta yang dipandu seorang pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis dalam usaha meloloskan diri di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat dekat sini semalam.

Kejadian pada pukul 5.50 petang itu berlaku semasa anggota polis mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Tumpat menghala ke Wakaf Bharu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, menyedari diekori polis, suspek bertindak memandu dalam keadaan berbahaya.

Polis cuba menghentikan kereta tersebut di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, namun suspek enggan memberi kerjasama dengan mengundurkan keretanya untuk melanggar anggota polis.

“Tindakan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan pada tayar belakang kereta tersebut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh suspek dan kereta itu telah menjumpai 943 biji pil kuda bernilai RM 9,430,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Terdahulu, tular video di aplikasi WhatsApp mengenai kejadian sebuah kereta ditembak anggota polis berhampiran Pasar Wakaf Bharu semalam.

Video tersebut dirakam orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian selepas terkejut mendengar bunyi tembakan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI