fbpx

Dua remaja perempuan lari dari rumah penjagaan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aleya Batrisha (kiri) dan Siti Nur Hidayah.

REMBAU – Polis kini sedang mencari serta mengesan dua remaja perempuan yang dipercayai melarikan diri dari rumah penjagaan kanak-kanak, di daerah ini, 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, kira-kira pukul 3.50 pagi, semasa kakitangan rumah penjagaan berkenaan membuat rondaan di dalam asrama mendapati dua remaja perempuan telah tiada di atas katil masing-masing.

Menurutnya, kakitangan tersebut telah mencari dan memanggil nama seramai 99 orang kanak-kanak yang ada sedangkan jumlah kanak-kanak sebenar seramai 101 orang.

“Kakitangan tersebut telah segera membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati remaja berusia 14 dan 15 tahun itu tidak membawa apa-apa pakaian bersama semasa melarikan diri.

“Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berhubung lokasi terkini dua remaja berkenaan boleh lah menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan J. Manivanan ditalian 019-8148463 atau hubungi Pusat Kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hazri berkata, remaja berusia 14 tahun bernama Siti Nur Hidayah Agus, ketinggian 147 sentimeter, berkulit kuning langsat dan kali terakhir dilihat berbaju kurung.

Manakala, remaja berusia 15 tahun bernama Nur Aleya Batrisha Mohamad Faizul, dengan ketinggian 143 sentimeter, juga berkulit kuning langsat dan kali terakhir dilihat berbaju kurung.

“Kita harap kanak-kanak ini akan dapat segera ditemui,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI