fbpx

Banjir di Kota Tinggi, 34 termasuk bayi dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah beberapa penduduk di Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi yang dilanda banjir kilat petang hari ini.

KOTA TINGGI – Seramai 34 mangsa termasuk seorang bayi di Kampung Baru Sungai Mas di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat petang hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kota Tinggi, Mohd. Sarul Nizam Khirudin berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada lapan buah keluarga telah dibawa ke PPS dewan Kampung Baru Sungai Mas yang dibuka pukul 8 malam tadi.

“Hujan lebat berterusan selama lebih dari dua jam telah menyebabkan kenaikan air dan banjir kilat di kawasan Kampung Baru Sungai Mas.

“Pasukan penyelamat telah sampai di lokasi pada pukul 6.50 petang di mana kawasan yang dinaiki air melibatkan beberapa kawasan perumahan penduduk kampung.

“Jumlah mangsa terdiri dari lapan buah keluarga melibatkan seramai 34 mangsa termasuk seorang bayi,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihaknya juga akan mengemas kini jumlah mangsa dari semasa ke semasa dan akan terus melakukan pemantauan di kawasan tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI