fbpx

Wanita lahir zuriat adik dan abang kerana dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rachel mendakwa bahawa kedua-dua anaknya bukan sekadar adik beradik tiri, malahan merupakan sepupu kerana mempunyai bapa yang bersaudara. - TikTok/ @offically.the.rachel

NEW YORK – Seorang wanita membuat pendedahan bahawa dia ‘membalas dendam’ terhadap bekas kekasihnya yang curang dengan cara melakukan hubungan seks dengan abang kandung lelaki itu sehingga melahirkan seorang zuriat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Rachel itu membuat beberapa siri klip video di TikTok yang menjelaskan bahawa kedua-dua anaknya bukan sekadar adik beradik tiri, malahan merupakan sepupu kerana mempunyai bapa yang bersaudara.

Menurut Rachel, bekas kekasihnya sering memukulnya serta curang kepadanya. Keadaan itu membuatkan wanita berkenaan menyimpan dendam dan bertindak curang dengan abang kandung lelaki itu sendiri.

“Saya melakukan hubungan seks dengan abangnya sebagai cara untuk membalas dendam dan akhirnya didapati hamil. Kini, kedua-dua anak saya merupakan sepupu,” katanya.

Tambah Rachel, dia membesarkan kedua-dua anaknya itu secara bersendirian kerana kedua-dua bapa mereka enggan bertanggungjawab.

“Anak-saya saya merupakan anugerah walau bagaimana sekali pun mereka dilahirkan. Saya tidak menyesali akan keputusan ini,” ujarnya.

Klip video itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan pendapat masing-masing mengenai pendedahan Rachel.

“Kakak saya juga merupakan sepupu saya. Ibu saya melahirkan anak dua lelaki bersaudara,” komen seorang pengguna.

“Selagi ia bukan anak abang kandung kamu, ia baik untuk kamu,” komen seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI