fbpx

Usop kini tunangan ‘anak mami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usop selamat mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya hari ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Usop selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan yang merupakan seorang ‘anak mami’, Nur Fatihah Md. Hashim hari ini.

Majlis pertunangan Usop atau nama lengkapnya, Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor, 24, dengan Fatihah, 25, yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang diadakan di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang.

Diadakan secara tertutup, majlis pertunangan telah dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

“Hari ini, saya sudah bergelar tunangan orang. Sudah tiga tahun berkenalan dan akhirnya diikat dengan ikatan pertunangan, alhamdulillah.

“Saya mula berkenalan dengannya menerusi Instagram. Dia tak pandang rupa dan sudi berkawan dengan saya. Orang cakap, jodoh memang tak salah alamat.

“Masa mula-mula dia (tunang) tak layan juga tapi saya ini jenis yang pantang mengalah. Dua tiga bulan jugalah saya mengurat dia,” katanya pada sidang media secara virtual sebentar tadi.

Ditanya tentang keistimewaan Usop, Fatihah atau mesra disapa sebagai Teha berkata, tunangnya seorang yang sangat jujur dan itu yang membuat hatinya terpana padanya.

“Walaupun orang mungkin cakap Usop seorang yang lurus tapi dia sangat jujur. Saya nampak ketulusannya dalam setiap gerak gerinya.

“Dalam pada itu, dia pandai ambil hati orang tua. Sebab itu, saya tertarik hati dengannya,” kata Fatihah.

Mengikut perancangan, Usop dan Fatihah bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun hadapan.

“Persiapan perkahwinan dah 40 peratus. Doakan yang baik-baik agar ikatan perkahwinan ini sampai ke jenjang pelamin,” kata Usop lagi.

Majlis pertunangan meyaksikan hantaran tujuh dulang dari pihak perempuan dan berbalas lima dulang dari pihak lelaki.

Majlisdisempurnakan mengikut adat Melayu oleh kedua-dua belah pihak dengan menyaksikan Muhd. Firdaus mewakili pihak perempuan manakala Mohd. Noor sebagai wakil dari pihak lelaki.

Antara intipati menarik, selepas mendapat persetujuan hasil perbincangan dari kedua-dua belah pihak, ikatan pertunangan antara Usop dan Fatihah selama lima bulan.

Sebagai info, Fatihah berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI