fbpx

Tidak sempat jual mercun sambut Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA mercun dan bunga api yang dirampas polis di sekitar Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Hasrat seorang lelaki mengaut keuntungan menjual 66 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api sempena perayaan Deepavali tidak kesampaian apabila dicekup di rumahnya di Bukit Rotan di sini, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 5.50 petang bersama mercun yang dianggarkan bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran menyimpan barangan berkenaan.

Katanya, suspek mengakui bahawa mercun tersebut adalah miliknya namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti tempoh penglibatannya.

“Kesemua 66 kotak mercun tersebut dijumpai di bahagian dapur rumah suspek.

“Hasil siasatan awal, kita mempercayai mercun dan bunga api itu dipercayai untuk dijual sempena sambutan Deepavali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI