fbpx

Tabur ‘bunga kubur’ depan pintu rumah taktik kutip hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menabur kelopak bunga di hadapan pintu rumah si penghutang yang dikatakan sering culas untuk membayar hutangnya. - Tiktok/@22esha8

JAKARTA – Seorang pemiutang menggunakan cara ‘halus’ untuk mengutip hutang daripada seorang individu iaitu dengan menabur bunga yang sering digunakan di kubur, di hadapan pintu rumah, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki dilihat sedang menabur kelopak bunga di hadapan pintu rumah si penghutang yang dikatakan sering culas untuk membayar hutangnya.

Menurut pengutip hutang tersebut, dia tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya menggunakan ‘cara halus’ dengan memberi peringatan kepada si penghutang agar membayar hutangnya dengan kadar segera kerana sering memungkiri janji.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kisah masing-masing.

“Jiran saya ada juga yang seperti itu. Setiap kali pemiutang datang meminta hutang, rumahnya dikunci dan sering ditinggalkan dalam keadaan kosong. Kasihan kepada si pemiutang,” kata seorang netizen.

“Kalau di kawasan tempat tinggal saya, kunci rumahnya dan barang-barang dapur dirosakkan sekiranya culas untuk membayar hutang,” kata seorang lagi.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN