fbpx

Tak dapat emas, suri rumah lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Selepas lebih sebulan menunggu seutas rantai tangan emas yang dibeli secara dalam talian akhirnya seorang suri rumah baru tersedar dia sudah ditipu apabila tidak menerima barang kemas terbabit sehingga ke hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 19 September lalu apabila mangsa berusia 37 tahun tertarik dengan iklan emas lelong di Facebook.

“Mangsa kemudian berhubung dengan pemilik akaun facebook berkenaan dan bersetuju untuk membeli seutas rantai tangan seberat 26.34 gram dengan harga RM652.

“Selepas membuat pembayaran harga barang kemas terbabit, mangsa diminta untuk membuat pembayaran lain dengan pelbagai alasan dan mangsa telah membuat sembilan transaksi bayaran ke lima akaun berlainan berjumlah RM11,780.

“Namun selepas lebih sebulan mangsa masih belum menerima barang kemas berkenaan dan dia mengesyaki telah ditipu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana suspek telah menawarkan penjualan emas yang tidak wujud sehingga mangsa mengalami kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI