fbpx

‘Smoothie’ susu ibu sebagai antibodi Covid-19 pada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu-ibu di California memasukkan susu badan dalam makanan untuk diberikan kepada anak-anak. - Getty

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Golongan  ibu di California yang bimbang terhadap kesihatan anak mereka bertindak mencampurkan  susu ibu pada makanan yang diberikan, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang ibu berkenaan, Melissa Pennel berhenti menyusukan bayinya ketika anaknya berusia dua tahun. Dia berbuat demikian  selepas mendapat tahu bahawa antibodi Covid-19 yang diaktifkan selepas seorang ibu menerima suntikan vaksin boleh dipindahkan melalui susu ibu.

Selepas mendapat dos vaksin pertamanya semasa hamil anak kedua, Melissa mula mencampurkan susu ibu yang dipamnya ke dalam hidangan oat, bijirin dan minuman smoothie untuk diberikan kepada anaknya.

“Tindakan ini mencetuskan perasaan seperti saya memberikan  perlindungan kepada  keluarga saya, katanya.

Ibu-ibu lain pula memanjangkan lagi tempoh menyusu anak mereka, malah, seorang ibu juga turut memberi peluang kepada anaknya untuk memutuskan sendiri bila dia mahu berhenti menyusu badan. 

“Saya akan berhenti menyusu badan selepas mula bersekolah,” kata seorang kanak-kanak kepada ibunya.

Sejak sekian lama, menyusu badan terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan secara saintifik.

Satu kajian yang diterbitkan bulan ini dalam jurnal Pediatrics mendapati bahawa ibu dengan antibodi Covid-19 yang memberikan susu badan untuk tempoh lebih lama iaitu selama 24 bulan atau lebih mempunyai kepekatan antibodi lebih tinggi berbanding ibu yang memberi susu badan untuk tempoh lebih singkat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI