fbpx

Microsleep atau lihat telefon, soal netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video papan pemuka yang memaparkan seorang rider melanggar belakang sebuah kereta.

PETALING JAYA – Mungkin dia ‘microsleep’ sekejap ataupun sedang melihat telefon sewaktu menunggang motosikal.

Itulah reaksi pengguna laman sosial apabila melihat rakaman video papan pemuka yang memaparkan seorang penunggang motosikal melanggar belakang sebuah kereta.

Lebih mengejutkan pengguna, penunggang yang dipercayai seorang penghantar (rider) itu seolah-olah tidak sedar kereta berada di hadapannya.

Kelihatan pemuda itu hanya sempat menekan brek ketika saat akhir sebelum kemalangan itu berlaku.

Dipercayai pemuda itu tercampak dari motosikalnya, namun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Klip video berdurasi 15 saat tu dipercayai di rakam pada 31 Oktober lalu namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian.

Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 88,000 kali dan kongsi lebih 159 pengguna.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial turut meninggalkan beberapa komen dan pengalaman mereka sendiri tentang situasi yang dialami mangsa.

“Nampak beg grab, aku syak dia tengok telefon ketika itu, banyak dah aku nampak ‘rider’ bawa motor sambil tengok ‘order’,” tulis Ahmad Afiq.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Sah Taib.

“Mungkin juga rider tu ‘microsleep’ sebab terlalu penat hantar banyak pesanan pada hari tersebut, apapun semoga rider ini selamat dan tidak mengalami kecederaan serius,”ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Narfan Taman.

“Saya pun bawa grab, seeloknya telefon letak di meter senang nampak depan, jangan gara-gara nak elak telefon panas dan nak jaga skrin telefon letak dalam bakul motor itu jadi punca.

“Kebayakan saya nampak rider buat macam tu, harap video ini jadi pengajaran, moga rider ini cepat sembuh,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI