fbpx

KV Kortrijk dapat pujian peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran dari Facebook KV Kortrijk hari ini.

PETALING JAYA – Selepas berjaya membantu pasukan bawah 23 tahun negara ke peringkat pusingan akhir Piala Asia, penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin kembali berkhidmat ke Belgium.

Melalui satu hantaran menerusi Facebook kelab bola sepak, KV Kortrijk, Luqman dilihat kembali menyarungkan jersi kelab liga profesional Belgium itu hari ini.

Namun yang menarik perhatian adalah berkenaan ucapan tahniah dari para peminat bola sepak tempatan kepada kelab KV Kortrijk kerana berjaya menggilap penyerang muda itu.

“Tahniah KV Kortrijk kerana berjaya buat Luqman semakin padu dari sebelum ini, harap Luqman diberi peluang untuk bermain dalam pasukan.

“Kemahiran Luqman semakin bertambah dan tajam di bahagian serangan, tahniah sekali lagi dari Malaysia,” kata MatJu Ikan Bakar.

“Game play yang mantap dari luqman waktu AFC baru-baru ni, hasil didikan KV Kortrijk , memang terbaik,” jelas Yoep Balut.

“Terima kasih kepada kelab yang beri peluang kepada Luqman untuk sertai pasukan kebangsaan, kerja yang bagus dari kelab untuk bina budak ini.

“Nak tengok lebih lagi apa yang Luqman boleh buat selepas ini,” kata Akmal San. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI