fbpx

Kucing Chiko sambut hari jadi dalam majlis serba mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis sambutan hari lahir seekor kucing yang disambut meriah. - TikTok

JAKARTA – Seekor kucing bernama Chiko baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana menyambut ulang tahun kelahirannya dalam satu majlis yang  serba mewah, lapor laman berita Suara.com.

Klip video mengenainya dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @setiawan_553 dan menunjukkan seorang wanita sedang memegang seekor kucing.

Majlis itu dihadiri oleh ramai tetamu undangan itu menampilkan  kek hari jadi dan dekorasi  hiasan.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Majlis hari jadi saya kalah dengan majlis hari jadi kucing,” komen seorang netizen.

“Malunya dengan kucing, semalam sambutan ulang tahun saya, namun tiada sesiapa yang meraikan, malah tiada hadiah,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI