fbpx

Karya lukisan dijual untuk isi Tabung Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul Kama (kanan) melihat sebahagian daripada hasil seni yang dipamerkan untuk dijual pada Karnival Palestin di Spacepark, Angsana Mall, Ipoh.

IPOH – Sebanyak 20 hasil lukisan pelukis tempatan dipamerkan untuk dijual bagi mengisi dana pada Karnival Palestin yang berlangsung di Spacepark, Angsana Mall sini.

Menariknya, kesemua lukisan hasil kerja 10 pelukis itu disusun menjadi mural sepanjang 24.38 meter.

Pengerusi Jalinan Bersatu Sahabat Perak (Jabat Perak), Amiruddin Mohd. Daud berkata, peminat-peminat senil berpeluang membeli hasil karya yang dipamerkan.

Menurut beliau, program amal selama enam hari membawa tema Antara Perjuangan Dan Air Mata itu sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan penduduk Palestin.

“Hasil lukisan ini ditawarkan pada harga bermula RM800, namun harganya masih boleh dirunding.

“Sebahagian daripada hasil jualan itu nanti akan disumbangkan kepada Tabung Aman Palestin,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Palestin di sini kelmarin.

Program anjuran Jabat Perak, Aman Palestin, Ansana Mall dan Spacepark ini sebagai usaha membantu penduduk Palestin menerusi kegiatan seni.

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 5, Datuk Azizul Kama Abd Aziz berkata, selain mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin program itu juga mengetengahkan bakat baru seni mural yang berpotensi.

“Saya berharap warga Perak khasnya penduduk Ipoh dapat meluangkan masa menyaksikan lukisan seni mural yang sarat dengan masej kemanusiaan sejagat ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI