fbpx

JPN selesai masalah warga emas uzur tiada Mykad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham (kiri) menyerahkan Mykad kepada Awang (kanan) di Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Masalah keciciran seorang warga emas berusia 80 tahun yang tidak memiliki kad pengenalan, MyKad akhirnya diselesaikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Badrul Hisham Alias berkata, masalah menimpa Awang Che Salleh yang terlantar ekoran serangan strok dikesan menerusi perkhidmatan turun padang, Mobil Ehsan dilaksanakan pasukan bergerak JPN Terengganu baru-baru ini.

“Pasukan bergerak JPN negeri mengesan Awang tidak pernah memiliki Mykad sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan, dia yang tidak pernah bersekolah dan berkahwin dibesarkan oleh keluarga angkat sejak berumur tiga tahun ekoran masalah keluarga,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang diiringi Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem menyampaikan MyKad kepada Awang di rumah adiknya di Pulau Rusa di sini.

Badrul Hisham berkata, pemeriksaan JPN juga mengesahkan Awang yang kini dijaga adik kandungnya telah dilahirkan di Kampung Serada di sini pada 26 Julai 1941.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, JPN mengambil inisiatif menguruskan permohonan Mykad buat Awang sebelum menyerahkannya menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

“Saya harap penerimaan MyKad ini membolehkan warga emas tersebut menikmati pelbagai kemudahan ditawarkan kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI