PETALING JAYA – Jika anda peminat filem-filem klasik Melayu ketika zaman gambar hitam putih sebelum ini maka anda akan mengenali ‘heroin’ dulu-dulu ini.
Melalui perkongsian di laman Facebook Seniman & Seniwati Malaysiaku Dulu-dulu, tiga gambar seniwati yang selalu menjadi watak penting telah disebar.
Tiga seniwati tersebut adalah Seniwati Dayang Sofia, Seniwati Datuk Sarimah serta Seniwati Zaiton.
“Dayang Sofia, 83, Sarimah, 79 dan Zaiton, 84. Alhamdulillah..Masih sihat,” jelas laman Facebook tersebut.
Rata-rata orang ramai memuji serta menyatakan mengenai pengalaman mereka menonton kehebatan tiga seniwati itu ketika mereka di puncak penglibatan mereka.
“Kalau tiga-tiga seniwati kita ni berlakon, watak apa sahaja mereka akan bawa dengan baik. Mereka bertiga ada pakej, cantik dan pandai berlakon.
“Kalau pelakon sekarang, letak dekat cantik dan ada pengikut yang ramai dulu. Berlakon tu nombor dua, itu yang cerita pun tak ada kualiti,” jelas Nik Furss.
“Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik, tetap cantik lagi tiga-tiga ni. Dulu mereka inilah penghibur datuk nenek kita.
“Harap Malaysia ada lagi heroin terbaik seperti ini, Al-Fatihah kepada seniwati kita yang telah tinggalkan kita sebelum ini,” jelas Paksu Irfan. – K! ONLINE