PETALING JAYA– Aliran trafik dilaporkan mulai perlahan berikutan pertambahan pergerakan orang ramai sempena cuti perayaan Deepavali hari ini.
Menerusi kemas kini laman Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik masih perlahan dari arah utara walaupun kerja penundaan treler rosak di Kilometer (km) 232.1 telah selesai yang sebelum ini menghalang laluan kiri jalan dan lorong kecemasan.
“Trafik juga sesak sepanjang 10 km sebelum persimpangan Kuala Kangsar dan di Kilometer 13.3 selepas Sg. Perak dan kedua-duanya menghala ke Changkat Jering”
“Aliran trafik turut perlahan ekoran pertambahan jumlah kenderaan di kilometer 5.8 dari Slim River menghala ke Sungkai dan di Kilometer 6.7 selepas Tapah menghala ke Gopeng,” katanya tadi.
Katanya, turut terjejas laluan dari Nilai ke Kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban dari arah Selatan dan laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). -K! ONLINE