fbpx

400 biji pil kuda dalam genggaman semasa dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas semasa menahan seorang lelaki di tepi jalan Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang malam tadi. - FOTO: IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang pengedar dadah kurang bernasib baik apabila dia tidak sempat menyorokkan 400 biji pil kuda yang berada dalam genggaman tangannya semasa ditahan polis di tepi jalan Kampung Gual Pasong Hantu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 11 malam selepas didapati berada di kawasan tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota polis terus menjalankan pemeriksaan pada tubuh badan suspek sebelum menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar berada di dalam genggaman tangan kirinya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam plastik itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 400 biji pil kuda yang bernilai RM4,000.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku kesemua dadah itu miliknya dan memperoleh bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Ka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun mempunyai empat rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Tambahnya, operasi mengesan suspek yang lain dalam kegiatan tersebut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI