fbpx

Zii Jia sedang hadapi detik sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE ZII JIA

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mengakui perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia sedang menyesuaikan diri dengan situasi baharu sebagai pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Jadual padat yang diharungi pemain No.8 dunia itu sejak saingan Piala Sudirman September lalu mula memberi kesan kepada dia apabila menunjukkan kemerosotan prestasi dalam dua kejohanan terdahulu.

Bagaimanapun, Choong Hann tampil mempertahankan anak buahnya itu apabila menyifatkan Zii Jia bukan sahaja berdepan kekangan dari segi fizikal, malah dari segi mental apabila beraksi dalam beberapa kejohanan berturut-turut.

Justeru, beliau berharap pemain berusia 23 tahun itu mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut sekiranya mahu tampil memberikan cabaran lebih baik pada masa hadapan.

“Pada ketika ini, Zii Jia sedang alami satu pengalaman baharu di mana dia perlu beraksi dalam beberapa kejohanan berturut-turut. Dia perlu belajar untuk tangani kekuatan kental kerana fizikalnya masih dalam keadaan baik.

“Dia sedang melalui fasa penting untuk dia dapatkan pengalaman bagi menaikkan sasaran terhadap diri sendiri. Hal ini perlu bagi memastikan dia bersedia untuk cabaran lebih hebat dalam kejohanan akan datang,” kata Choong Hann.

Pada masa sama, bekas pemain No.1 dunia itu juga sudah merangka satu modul bagi memastikan kecergasan Zii Jia berada pada tahap terbaik untuk bersaing dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

Zii Jia akan beraksi dalam kejohanan kelima berturut-turut pada kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman dan dia dijadualkan menentang pemain Sepanyol, Pablo Abian di pusingan pertama hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI