LONDON – Seorang wanita bernama Hailey berkongsikan kisah sedih yang menimpanya apabila terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya curang bersama rakan baiknya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Lebih memeritkan, dia sempat membantu rakan baiknya semasa wanita itu hamil dan membantunya berjumpa doktor sehingga melahirkan anak.
Bagaimanapun, Hailey menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana tiga hari selepas bayi dilahirkan, Hailey menemui dua tanda lahir di bahagian kanan dan kiri leher bayi tersebut ketika membantu menukar lampin.
“Saya menyedari bayi ini mempunyai tanda lahir yang sama dengan anak-anak saya dan suami yang lain.
“Saya segera mengetahui sama ada bayi ini adalah anak suami saya,” kata Hailey dalam video TikToknya.
Setelah rakan Hailey menyedari rahsianya telah terbongkar, dia segera mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan suami Hailey.
Hailey bagaimanapun tidak marah terhadap wanita itu, bahkan sempat membenarkan rakannya tinggal di rumah dan saling membantu menjaga anak-anak mereka.
“Dia membantu saya menjaga tiga anak saya, saya membantu menjaga bayinya.
“Bagi saya, anak perempuannya ialah adik kepada anak-anak saya,” tambah wanita itu.
Kisah Hailey menjadi tular di TikTok dan ditonton berjuta-juta kali.
“Saya juga mengalami mimpi ngeri ini. Saya menamatkan 10 tahun perkahwinan dan 27 tahun persahabatan. Suami saya langsung tidak mengakui anaknya,” kata seorang netizen.
Sementara itu, suami Hailey mengambil masa sehingga tujuh bulan untuk mengaku bahawa dia telah curang. – Agensi