fbpx

Ustaz cabul pelajar perempuan ketika upacara mandi bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika proses mandi bunga, pelajar tersebut dimandikan dalam keadaan berpakaian dan dia dicabul selepas prosedur itu tamat. - Google

JAKARTA – Seorang ustaz di Tangerang dalam wilayah Banten didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan ketika melakukan upacara mandi bunga yang dikatakan bertujuan untuk menyalurkan ilmu kebatinan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian pertama dilakukan ustaz terbabit dilaporkan pada April lalu apabila seorang pelajar perempuan yang menghadiri pengajiannya menawarkan diri untuk mendalami ilmu kebatinan dan disuruh mandi bunga.

Ketika proses mandi bunga, pelajar tersebut dimandikan dalam keadaan berpakaian dan dia dicabul selepas prosedur itu tamat. 

Mengesahkan laporan kejadian, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim berkata, suspek turut melakukan perkara terkutuk itu kepada beberapa pelajar perempuan yang lain.

“Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz terbabit,’’ katanya.

Kegiatan ustaz itu terdedah setelah dilaporkan ibu bapa mangsa.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN