fbpx

TFC belasah Perak 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Terengganu FC meraikan jaringan penalti Faisal Abdul Halim (empat dari kanan) ketika bertemu Perak pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas membelasah Perak 4-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut itu menepati sasaran TFC selaku pasukan pilihan manakala Perak yang juga juara edisi 2018 terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Beraksi di depan 4,200 penyokong setia, TFC mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan berkelas dunia Makan Konate yang melakukan rembatan jarak jauh menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Pintu gol dikawal bekas penjaga gol kebangsaan itu bolos buat kali kedua selepas penyerang TFC, David Da Silva menyambar hantaran Faisal Abdul Halim pada minit ke-20.

Kedudukan berubah lagi pada minit ke-26 menerusi rembatan deras pemain tengah, Dechi Marcel, juga dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 buat Sang Penyu.

Perak cuba kembali dalam permainan namun percubaan menarik Royizzat Daud ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd. Sharmiza Yusoff pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua skuad The Bos Gaurus semakin hampa setelah sepakan leret pemain gantian, Muhamad Syahir Bashah (m-51) sedikit tersasar ke sebelah tepi pintu gol.

Sebaliknya TFC terus selesa melebarkan jaringan 4-0 hasil sepakan penalti Faisal pada minit ke-63 selepas Da Silva dijatuhkan dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI