fbpx

Suami roboh dapur kerana tidak suka warna merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami wanita ini merobohkan dapur merah jambu isterinya. - TikTok

JAKARTA – Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri yang tidak menyukai warna tersebut, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @olinn21 itu, suami wanita berkenaan dilihat merobohkan dapur rumah mereka kerana tidak menyukai warna kegemaran isterinya itu.

“Dia tidak suka kerana saya sukakan warna merah jambu,” demikian kenyataan ditulis si isteri pada video tersebut.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Nampaknya suaminya rajin ke dapur dan tidak mahu melihat warna merah jambu supaya dia ada ‘mood’ untuk memasak,” komen seorang netizen.

“Suami saya pula tidak kisah dapur berwarna apa pun kerana saya merupakan ratu di rumah,” komen netizen lain.

Video tersebut sudah ditonton lebih 570,000 kali dengan lebih 21,000 tanda suka. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI