PETALING JAYA – Satu rakaman memaparkan orang awam menjumpai beberapa batang paku ditaburkan di jalan raya tular di media sosial hari ini.
Menerusi video berdurasi 34 saat yang dikongsi di laman Twitter @nijamrusli, difahamkan paku-paku itu dipercayai ditabur oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dimaklumkan juga, kejadian itu berlaku di persimpangan menghala ke Cheras Jaya, Balakong.
Video tersebut mendapat perhatian orang ramai yang berpendapat kejadian itu memang disengajakan dan meminta agar pelaku ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
“Kalau biasa lalu sini mesti tahu depan sikit memang ramai longkai dah ‘stanby’, tak selamatlah kalau memang ini kerja dorang (mereka),” kata Daus.
“Orang-orang jahat yang cari rezeki dengan menzalimi orang lain, berhajat akan kemudaratan ke atas orang lain, kau balikkan kemudaratan tersebut kepada dirinya,” kata JBOutlet.
“Dekat selekoh, memang fikir duit saja siapa yang buat ini. Nyawa orang dibuat main,” kata Normah.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 40,000 kali. – K! ONLINE