fbpx

Sesi kelayakan acara pecut F1 ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESI kelayakan pecut dianggap sebagai satu lagi tarikan dalam saingan F1 selepas diperkenalkan musim ini pada tiga pusingan perlumbaan. – AFP

PARIS – Pengarah Urusan Formula Satu (F1), Ross Brawn berkata, sekurang-kurangnya enam sesi kelayakan pecut akan diadakan pada musim 2022 nanti selepas mendapat reaksi positif menerusi perbincangan dengan semua pasukan.

Menerusi format pecut, sesi kelayakan akan diadakan pada hari Jumaat untuk menentukan grid perlumbaan singkat yang berlangsung pada Sabtu.

Keputusan bagi sesi kelayakan pecut akan menentukan petak grid bagi perlumbaan sebenar pada Ahad sekali gus dapat menarik minat penonton untuk ha­dir sepanjang tiga hari perlumbaan.

F1 telah memulakan sesi kelayakan pecut musim ini di Silverstone dan Monza, manakala saingan ketiga berlangsung di Brazil.

“Kami telah mengadakan banyak perbincangan dengan pasukan F1 dan pelbagai pihak berkepentingan.

“Menerusi perbincangan yang telah dibuat, secara dasarnya semua pasukan bersetuju untuk mengadakan enam perlumbaan pecut pada musim depan.

“Pada musim depan beberapa perkara baharu akan diperkenalkan terutama pengenalan jentera 2022 sekali gus memberi tarikan kepada perlumbaan F1 nanti,” kata Brawn.

Dalam pada itu, Brawn turut berpendapat bahawa pihaknya mendapat reaksi positif daripada penonton, namun peminat tegar dilihat tidak gemar dengan perubahan tersebut.

“Majoriti peminat kami positif tentang konsep baharu yang akan kami perkenalkan pada musim depan. Mereka teruja sepanjang tiga hari perlumbaan dan bukan hanya menunggu pada hari Ahad sahaja. Bagi saya ia berbaloi buat peminat untuk hadir,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI