fbpx

Segera tubuh organisasi sukan bebas politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA memohon Astaf membuat keputusan terbaik serta melihat senario perkembangan sukan sepak takraw di negara ini.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mahu mewujudkan satu organisasi sukan baharu de­ngan memastikan sukan ber­prestasi tinggi terhindar daripada campur tangan politik.

Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria berkata, sudah masanya organisasi yang bakal ditubuhkan itu dapat diwujudkan secepat mungkin agar masa depan industri sukan terus terpelihara.

Tegas Norza, perubahan itu perlu dilakukan agar segala persiapan atau perancangan ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028 dapat dilaksanakan dengan lebih baik meskipun berlaku perubahan politik semasa.

“Kita melihat organisasi sukan berprestasi tinggi ini mesti menjadi wadah kepada sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Perkara paling penting sukan prestasi tinggi ini tidak diganggu meskipun berlaku perubahan politik atau struktur kerajaan.

“Justeru, pihak MOM ingin mencadangkan untuk me­nubuhkan organisasi yang terdiri daripada MOM serta wakil-wakil agensi kerajaan yang akan memantau atau bertanggungjawab ketika pasukan menghadapi Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di Wisma MOM semalam.

Norza juga berpendapat, sekiranya organisasi itu bebas daripada politik, ia akan memudahkan syarikat swasta untuk menjalin kerjasama atau memberi tajaan kepada kelangsu­ngan program sukan berprestasi tinggi tahun depan.

“Kita melihat, bila syarikat swasta ingin menjalankan kerja­sama, mereka mahu ROI (pulangan pelaburan) yang sepatutnya. Jadi kita perlu melihat secara holistik adakah sukan berprestasi tinggi ini bebas daripada politik atau birokrasi

“Kita bercakap mengenai sukan prestasi tinggi, jadi perubahan perlu dilakukan de­ngan segera. Kita rasa sudah tiba organisasi ini bebas daripada politik. Saya harap dapat dipertimbangan secara positif untuk kebaikan industri sukan itu sendiri,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI