fbpx

[VIDEO] ‘Saya trauma mahu lepaskan lagi anak sambung belajar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain bersama isteri dan anaknya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kesihatan ibu kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah terjejas dan turut mengalami katarak yang serius ekoran mengalami kesedihan yang melampau.

Hawa Osman, 58, ketika memberi keterangan impak semasa prosiding di Mahkamah Tinggi di sini semalam berkata, dia turut menghidap penyakit darah tinggi kerana tidak dapat tidur malam.

“Kejadian ini telah menyebabkan saya trauma untuk melepaskan anak-anak lain untuk berdikari sendirian dan menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegini akan berulang kembali.

Berita berkaitan: [VIDEO] 18 penuntut didapati bersalah cederakan Zulfarhan tanpa niat bunuh

“Saya juga trauma untuk membenarkan anak-anak lain untuk memasuki badan beruniform dan memberikan tanggapan negatif ke atas badan beruniform yang meragut nyawa anak saya,” katanya ketika memberi keterangan di dalam kandang saksi.

Gambar kenangan arwah Zulfarhan bersama kedua ibu bapanya.

Hawa turut mengatakan, sekiranya arwah anaknya masih hidup, Zulfarhan akan membantu keluarga dengan mem­biayai adik-adik yang lain me­nyambung pelajaran di universiti kerana suaminya sudah bersara dan kini menyara hidup dengan memandu teksi.

Berita berkaitan: [VIDEO] 6 pelajar cederakan Zulfarhan UPNM dijel 18 tahun

“Saya mahukan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh yang menyebabkan saya kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup saya dan hukuman ini menjadi contoh kepada masyarakat lain supaya le­bih berhati-hati dalam bertindak.

“Hukuman ini diharap dapat membuka mata dan minda masyarakat agar kejadian sebegini tidak berulang kepada ibu bapa lain dan merasai ke­peritan kehilangan anak,” ujarnya.

Berita berkaitan: [VIDEO] Saya maafkan mereka, walaupun sekali tidak minta maaf’


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI