fbpx

Ruang tamu PPAM Melinjau jadi kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul Nazrin menunjukkan laluan air hujan yang masuk melalui balkoni.

PUTRAJAYA – “Boleh bela ikan di tempat letak kereta.” Itu gambaran keadaan kawasan parkir Blok A, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau, Presint 11 di sini yang ditakungi air susulan hujan lebat dan angin kuat kelmarin.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan bukan sahaja tempat letak kereta ditakungi air, malah kawasan berdekatan lif turut dimasuki air dari tingkap bertutup.

Kira-kira 47 unit rumah di blok tersebut yang menghadap Le­buh Raya Maju Expressway (MEX) turut dimasuki air dan sewaktu kejadian, ada penghuni belum pulang dari tempat kerja.

Penjawat awam, Shahrul Nazrin Kamarul Baharain, 38, berkata, unit kediamannya di tingkat 23 turut dimasuki air melalui pintu dan tingkap melalui balkoni seterusnya membasahi ruang tamu.

KEADAAN lantai hadapan lif di tingkat 22 PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya yang digenangi air hujan kelmarin.

“Dua bilik yang menghadap ke lebuh raya juga dimasuki air ketika hujan semalam (kelmarin).Hanya anak lelaki berusia 12 tahun berada di rumah.

“Anak saya sudah bersedia menolak air yang masuk memandangkan sebelum ini pun pernah berdepan masalah sama,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Disebabkan masalah tersebut, Shahrul Nazrin yang berpindah ke situ pada April lalu tidak meletakkan karpet di ruang tamu kerana bimbang dirosakkan air.

Suri rumah, Noor Farhana Mohd. Puzi, 29, yang tinggal di tingkat 17, berkata, dia berpindah ke PPAM itu sejak Ogos tahun lalu dan sudah tiga atau empat kali air masuk ke rumah susulan hujan lebat.

“Air bukan sahaja masuk me­lalui tingkap yang ditutup, malah turut melalui dinding sehingga menyebabkan lantai ruang tamu basah selain lantai di dua bilik yang menghadap MEX.

“Jadi ba­nyak barang di dalam bilik berkenaan basah disebabkan air tersebut,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI